Teknologi anti-kapal selam Senjata anti-kapal selam

Banyak konsep telah dicuba bagi menyerang kapal selam. Komponen serangan anti-kapal selam adalah pengesanan: senjata anti-kapal selam tidak dapat digunakan dengan jayanya tanpa mula-mula menjejak kapal selam musuh.

Peralatan Pengesanan

Radar

Radar adalah peralatan utama dalam Perang Dunia II bagi mengesan kapal selam yang timbul. Selepas pembangunan kapal selam berkuasa nuklear menjadi biasa, kapal selam jarang timbul di luar pelabuhan asal, menjadikan pengesanan radar tidak berkesan.

Sonar

Semenjak Perang Dunia II, sonar telah muncul sebagai kaedah utama bagi pengesan kapal selam bawah air. Keupayaannya telah dipertingkatkan dengan pembangunan boya sonar yang dicampak dari udara, yeng menghantar isyarat sonar kepada kapal udara di udara.

Pengesan Kelainan Magnetik

Pengesan Kelainan Magnetik (MAD) adalah penerima eletronik direka bagi mengesan radiasi magnet objek logam besar, seperti badan keluli kapal selam. Sebelum pembangunan boya sonar, peralatan MAD seringkali dipasang pada kapal terbang bagi mengesan kapal selam di air cetek. Ia masih digunakan sehingga hari ini.

Senjata Anti-kapal selam

Peledak dalam (Depth charge)

Peledak dalam Tentera laut U.S., digunakan semasa Perang Dunia II.

Yang paling mudah dalam senjata anti-kapal selam, peledak dalam adalah bekas besar yang diisi dengan bahan letupan dan dipasang agar meletup pada kedalaman yang telah ditentukan terlebih awal. Kesan gegaran letupan mampu merosakkan kapal selam dari jarak jauh, sungguhpun ledakan dalam perlu berada hampir dengan kapal selam bagi memecahkan badan kapal selam tersebut. Peledak dalam yang digugurkan dari udara dirujuk sebagai 'bom dalam'; ini kadang kala dilengkapi dengan sarung aerodinamik.

Peledak dalam yang dilancarkan dari permukaan biasanya digunakan dalam gugusan agar menhasilkan kerosakan besar melalui hentaman berterusan ke atas kapal selam dengan letupan yang mengegarkan. Peledak dalam dipertingkat dengan banyaknya semenjak ia mula digunakan dalam Perang Dunia I. Untuk menandingi kemajuan dalam reka bentuk kapal selam, mekanisma mengesan tekanan dan bahan letupan dipertingkatkan semasa Perang Dunia II bagi memberikan lebih kuasa gegaran dan peledak yang mampu meledak dengan berkesan pada pelbagai tahap kedalaman.

Bom dalam dari udara biasanya dijatuhkan secara berdua atau bertiga dalam pola yang telah ditetapkan sebelumnya, sama ada daripada kapal terbang, helikopter, atau kapal udara. Oleh kerana serangan udara biasanya mampu mengejutkan kapal selam di permukaan, bom dalam dari udara biasanya dipasang agar meletupkan pada kedalaman cetek, sementara kapal selam sedang cuba menyelam menjunam. Dalam kebanyakan kes kemusnahan sepenuhnya tidak dicapai, tetapi kapal selam masih terpaksa berundur untuk diperbaiki.

Peledak awal direka untuk digolek kedalam air dari belakang kapal laju. Kapal perlu bergerak cukup pantas untuk mengelakkan gegaran peletus dalam. Reka bentuk terkemudian membenarkan peledak dalam dilontar jauh dari kapal, membenarkan kapal lebih perlahan menggunakannya dan kawasan lebih luas dapat dilitupi.

Kini, peledak dalam bukan hanya digugurkan oleh kapal udara atau kapal laut, tetapi mampu dibawa oleh peluru berpandu kepada sasarannya.

Motar anti-kapal selam

Apabila didapati bahawa peletup dalam jarang mengenai dan memusnahkan kapal selam, tetapi sebaliknya paling berkesan dalam kelompok, ia didapati bahawa kesan yang sama atau lebih baik boleh didapati dengan sejumlah besar letupan kecil. Motar anti-kapal selam sebenarnya adalah susunan motar spigot, direka bagi menembak sejumlah bahan letupan kecil serentak dan direka bagi menghasilkan barisan letupan sekeliling kedudukan kapal selam. Ini sering kali dikenali sebagai Hedgehogs menurut nama yang diberikan semasa Perang Dunia II rekaan British. Tidak lama kemudian peluru motar ASW dilengkapi dengan peletup hentaman yang meletup hanya apabila benar-benar menghentam badan kapal selam, membenarkan pengendali sonar mengekalkan jejak bunyi berterusan sehingga hentaman dicapai.

Torpedo

Torpedo penjejak yang pertama sekali berjaya diperkenalkan oleh Tentera laut Jerman bagi kegunaan cabang U-boatnya menentang perkapalan pihak Berikat. Selepat menawan beberapa dari senjata ini, bersama penyelidikan bebas, Amerika Syarikat memperkenalkan torpedo penjejak dari udara FIDO (juga dikenali sebagai periuk api Mark 24 sebagai penyamaran) pada tahun 1943. FIDO direka bagi menembusi badan tekanan besi kapal selam, tetapi tidak semestinya menyebabkan bencana (catastrophic implosion), membolehkan kapal selam yang lumpuh untuk timbul ke permukaan di mana kapal selam dan anak kapalnya boleh ditawan. Selepas Perang Dunia II, torpedo penjejak menjadi salah satu senjata anti-kapal selam utama, digunakan oleh kebanyakan kuasa tentera laut dunia. Pesawat udara turut berterusan menjadi pelantar pelancar utama, termasuk helikopter yang baru diperkenalkan, sungguhpun torpedo penjejak juga boleh dilancarkan dari kapal permukaan atau kapal selam. Bagaimanapun, kekangan kelajuan torpedo ketika menyerang dan mengesan sasaran telah mendorong kepada pembangunan senjata anti-kapal selam bawaan peluru berpandu yang boleh dilancarkan lansung keatas kapal selam musuh, seperti ASROC.

Periuk api

Sama seperti yang direka untuk menewaskan kapal permukaan, periuk api boleh dipasang bagi menantikan kapal selam musuh lalu berhampiran sebelum meletup untuk menyebabkan kerosakan gegaran kepada kapal selam. Sesetengah mampu bergerak dan apabila mengesan kapal selam ia mampu bergerak kearah kapal selam sehingga memasuki jarak pemusnah. Malah terdapat pembangunan periuk api yang mempunyai keupayaan melancarkan torpedo yang tertutup kearah kapal selam musuh yang dikesan. Periuk api boleh dipasang oleh kapal selam, kapal atau kapal terbang.

Roket anti kapal selam

Salah satu senjata anti-kapal selam terkini, Roket Anti-Kapal Selam (Anti-Submarine ROCkets (ASROCs), SUBROC, Ikara dan peluru berpandu Malafon Perancis berbeza dengan peluru berpandu jenis lain dari segi ia tidak membawa kepala peledak yang akan meletup di atas sasaran sebagaimana peluru berpandu lain tetapi sebaliknya membawa senjata anti kapal selam kepada permukaan di mana senjata itu digugurkan bagi melengkapkan serangan. Peluru berpandu itu sendiri dilancarkan dari pelantarnya dan bergerak ke titik penghantaran yang telah ditetapkan.

Peluru berpandu mempunyai kelebihan utama dari segi jarak dan kepantasan menyerang. Torpedoe amat perlahan berbanding peluru berpandu, mempunyai jarak lebih dekat, dan lebih mudak dikesan oleh kapal selam musuh. Peluru berpandu anti-kapal selam biasanya dilancarkan daripada kapal permukaan, membenarkan pengiring permukaan senjata yang sentiasa bersedia dalam semua cuaca, semua keadaan laut untuk menyerang sasaran yang memerlukan kepantasan, yang tidak dapat ditandingi oleh sebarang sistem penghantaran dari segi kepantasan tindak balas. Ia mempunyai kelebihan tambahan dari segi ia sentiasa di bawah kawalan komander kapal pengiring, dan tidak seperti senjata hantaran udara tidak dapat dilencung bagi tugasan lain, atau bergantung kepada cuaca atau kesediaan penyelengaraan. Penghantaran udara juga bergantung kepada keadaan kurang bahan api, atau beban senjata meningkat. Peluru berpandu sentiasa ada, dan sentiasa dalam keadaan sedia. Ia membenarkan torpedo atau Bom Dalam Nuklear untuk memasuki air hampir tepat di atas kedudukan kapal selam musuh, mengurangkan keupayaan kapal selam untuk mengesan dan mengelak serangan. Peluru berpandu juga lebih pantas dan tepat dalam kebanyakan kes berbanding helicopter atau kapal terbang bagi menjatuhkan torpedo dan peledak dalam, dengan jangka masa 1 hingga 1.5 minute dari keputusan melancarkan hingga torpedo memasuki air. Helicopter biasanya memakan lebih banyak masa hanya untuk berlepas dari dek kapal pengiring.